Posts

Showing posts from October, 2023

5 Langkah Muda Cara Baiki Kipas Stand Yang Slow Jadi Laju Semula

Image
  Cara Baiki Sendiri Kipas ‘Stand’ Yang Slow Jadi Kembali Laju. Jimat, Tak Payah Beli Baru! Macam kipas siling kat rumah, lepas beberapa guna kipas ‘stand juga akan sampai masa tiba-tiba putarannya jadi perlahan. Walau pun tekan pada kelajuan maksimum tapi putarannya punyalah syahdu. Dengan cuaca kita yang sentiasa panas, mana boleh tahan dengan kipas macam ni. Jadi mahu tak mahu kena baiki, takkan asyik nak beli baru je kan. Untuk manfaat kita @ lutfyhady berkongsi dengan kita cara baiki kipas yang perlahan ini.   Cara baiki kipas yang dah slow kepada kelajuan asal Bukak sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu. Cabut telinga sebatang yg bagi kipas teleng dgn stay tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu. Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor). Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad)....

Cara Hilangkan Jeragat, Whitehead Hanya Dengan Guna 2 Bahan Ini

Image
  Jeragat? sebenarnya mudah je cara hilangkan jeragat, tak perlu beli produk mahal-mahal cukup dengan 2 bahan ini je, Nak mendapatkan kulit mulus bersih, tidak semestinya perlu melabur wang beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan produk kecantikan jenama terkenal. Sebenarnya, dari zaman mak-mak kita dulu-dulu sudah ada petua untuk mencantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah. Seperti yang dikongsi oleh saudari Marina Saringat ini, begini tip untuk pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead menurut petua orang dulu-dulu. Berikut kongsinya; Cara Hilangkan Jeragat dengan Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya: [1] Sebiji limau tak kisah sama ada limau kasturi/purut/lemon (kalau lemon, hiris dengan halus sebab hanya diperlukan jusnya sahaja). [2] Satu sudu kecil tepung gandum. Kalau tak ada, guna tepung beras pun boleh. Asalkan berasaskan tepung. [3] Perahkan jus limau dan campurkan bersama tepung. [4] Gaul sebati. Cara Menggunakan: [1] Pastikan sebelum lumur pada m...

4 Tips Goreng Sosej Supaya Tak Kecut Dan Berkedut

Image
 Siapa yang suka makan sosej, ini 4 Tips Goreng Sosej Supaya Tak Kecut Dan Berkedut, Perasan atau tidak, selalunya sosej-sosej yang dijual digerai makanan ini cantik elok mulus, tegang, tidak menggelembung dan tidak kecut. Namun jika kita sendiri masak dirumah hasilnya tidak sama. Kebiasaanya sosej akan menjadi kecut selepas dimasak. Jika anda mengalami masalah yang sama, ini ada beberapa tips yang boleh anda praktikan dalam menyediakan sajian ini. Baca perkongsian daripada Siti Afifah yang diolah oleh sahabatsurgaku. TIPS GORENG SOSEJ SUPAYA TIDAK BERKEDUT Aku kalau bab goreng sosej ni memang faiIed. Kalau rebus ok lagi la. Ada tips tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Terima kasih. 1. Rendam Sosej Di Dalam Air Panas Terlebih Dahulu Tips daripada Nourhayati Yusrina : ” Masa kerja kat airport dlu chef kat situ ajar, rendam dahulu sosej dalam air panas mendidih 10-15 minit.. pastu toskan.. panaskan minyak .. biar betul-betul berasap dan pastikan minyak banyak.. ...